Jumaat, 30 September 2011

DI SEBALIK PURDAH ITU





Matanya berkaca,

menyinar silaunya membuatku terpesona,

seperti cerita dongeng bidadari turun dari syurga,

aku khilaf dan tersindir untuk berbahasa tentangnya,



Hijabnya menutup pesona kewanitaannya,

menerbitkan citra bahasa jiwa,

yang mampu kubaca hatinya,

walau aku tidak mesra menatap wajahnya,

sementara menagih seraut senyuman,

namun aku dapat rasakan kasihnya,

kerana getar cintanya terasa di sukma,



Di sebalik purdah itu,

telah aku fahami isi hatinya,

apabila kita saling mengenali,

melalui mata dan hati,

tanpa rasa sangsi,

kerana wanita yang berselubung purdah itu,

amat suci hatinya,

amat tulus jiwanya,

amat cantik kurnianya,

sehingga hatiku meronta-ronta untuk memperisterikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan